Effective               Microorganismas atau EM adalah Teknologi Microba yang  paling               popular, kini digunakan dikebanyakan Negara. EM mula-mula  ditemui               oleh Prof Dr Teruo Higa, seorang professor horticulture di               Universiti Ryukus, 
Kini               EM dikeluarkan dilebih 160 negara dan mengandungi  micorooganisma               aktif yang mesra dan bermenafaat. Microorganisma ini boleh               diklasifikasi kepada tiga kumpulan utama iaitu “lactic  acid               bacteria  (kebanyakan               ditemui dalam bahan tenusu), Yeast (yang terdapat dalam  roti) dan               phototropic bacteria.”
Penggunaan Teknologi Effective Microorganisms begitu berleluasan sejak dua abad yang lalu dari bidang pertanian hinggalah kepada rawatan air kumbahan, kawalan bau, pengurusan ternakan, kesihatan maanusia dan juga pelbagai bidang industri.
Kajian                 menunjukkan suntikan kultur EM kepada tanah dan  ekosistem                 tanaman boleh meningkatkan kualiti pada tanah, kesuburan  dan                 tumbesaran, hasil pengeluaran bahan pertanian yang  berkualiti.                 Hasil yang sama didapati apabila EM digunakan pada  system                 ternakan. Microorganisma ini mempunyai sifat pembiakan  yang                 aktif apabila dipalikasikan kepada system tumbuseran,  dan adalah                 selamat untuk digunakan.
Beberapa                 kategori microorganisma ini sememangnya tidak asing  kepada                 sector perubatan dan industri makanan dan amatlah  berguna kepada                 maanusia, haiwan, tanaman, tanah dan air. Pada dasarnya  EM                 Effective Microorganisms tidak pernah melalui sebarang                 pengubahsuaian pada genetiknya. Dalam beberapa sessi  ujikaji                 yang telah dilakukan di Negara Jepun dan beberapa  Negara, EM                 disahkan tidak berbahaya dan selamat untuk digunakan.
Microorganisma yang bersifat oportunis dan semulajadi merupakan kumpulan yang terbesar, Microorganisma ini akan memihak kepada mana-mana microorganisma yang terbanyak.
PERLADANGAN & PERTANIANEm.1 membawa banyak menafaat kepada para petani, yang sentiasa mengamalkan sistem organik dan konvensional. Em.1 yang mengandungi microorganisms mesra, akan bekerjasama dengan lain microorganisms mesra dalam proses penggandaan.
Kombinasi lactic acid bacteria, yeast dan phototrobic bacteria mengjadi satu platfom untuk menghasilkan kandungan tanah yang subur.
Antara bidang-bidang dalam sektor perladangan dan pertanian yang sesuai untuk diaplikasikan teknologi EM ini ialah:
- Penambahan pemakanan kepada tanaman
- Akuakultur
- Kebun buah-buahan
- Rumput laman
- Hortikultur
Ternakan
Dari pembuangan najis ternakan, tindakbalas kimia menghasilkan gas yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Kesan negatif ini bukan sahaja terhadap manusia melalui lalat dan serangga, malahan juga terhadap ternakan itu sendiri. Penggunaan EM (Effective Microorganisms) boleh membantu dalam menghapuskan kesan bau dan seterusnya menjauhkan lalat dan serangga.
Antara ternakan dan peliaharaan yang sesuai diaplikasikan teknologi EM ini ialah:
- Lembu
- Ikan
- Ayam, itik
- Kambing dan biri-biri
- Kucing, arnab
Perkembangan industri yang begitu pesat telah membawa kesan yang negatif terhadap alam sekitar.
Kebanyakan masaalah pencemaran alam sekitar adalah berkaitan "bahan buangan", yang mana selama ini kita membiarkan dilupus secara semulajadi.
Dengan mengaplikasikan teknologi EM ini, proses rawatan septik dan kumbahan dilaksanakan dengan lebih sistematik, mesra alam dan penjimatan kos operasi.
Lain-lain sektor berkaitan yang boleh diaplikasi dengan teknologi EM:
-                      Kompos 
-                      Pepejal 
-                      Air kumbahan 
-                      Tangki septik 
Proses "gandaan" ini ialah kaedah pengaktifan EM.1. EM.1 mengandungi beberapa jenis microorganisms yang mempunyai sifat penggandaan semulajadi, apabila dicampurkan bahan pengkatif. Proses ini banyak bergantung kepada suasana sekitar seperti suhu dan cuaca.
Proses pengaktifan EM.1 ini sememangnya mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang.
Antara produk yang dihasilkan dari EM.1 adalah:
- EM Bokashi
- EM-FPE (Fermented Plant Exstract)
- EM-5 (Sotouchu)
- EM- A (Activated Solution)
Di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu kami merancang untuk memperomosikan kaedah pembersihan di dalam pasar bagi menghilangkan bau busuk, dan menghindar lalat, tikus, lipas dan lain-lain serangga.
Sasaran kedua kami ialah kawasan Parit Dalam, di mana kami akan mengaplikasikan teknologi EM untuk membersihkan parit tersebut untuk menghapuskan lapisan lumpur (sludge) dan mewujudkan suasana yang bersih dan segar.
Di bandar Machang pula kami bercadang mempromosikan aplikasi Teknologi EM untuk membersihkan kawasan pasar Machang bagi menghilangkan bau busuk, menghindarkan lalat, tikus, lipas dan lain-lain serangga.
Tempat pembuangan sampah juga akan kami jalankan sessi aplikasi Teknologi EM bagi menghilangkan bau busuk serta menghapuskan serangga.
sumber : http://emteckelantan.com
