Thursday, July 15, 2010

Aplikasi EM berkesan rawat air, saliran MBJB


Oleh Shahrizan Wahib
bhnews@bharian.com.my

JOHOR BAHRU: Usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperkenalkan aplikasi penggunaan mikro organisma efektif (EM) semakin menunjukkan hasil selepas kebanyakan sekolah di bandar raya ini berminat untuk menjadikan aplikasi itu sebagai projek memelihara alam sekitar.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Naim Nasir, berkata aplikasi EM yang digunakan secara meluas dalam kawasan bandar raya ini semakin memberikan kesan positif terutama dalam perawatan sistem saliran dan air.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan bukan saja mewujudkan persekitaran yang selesa kepada masyarakat malah mampu menjimatkan kos penyelenggaraan prasarana bandar raya kerana hasilnya yang lebih mesra alam serta berpanjangan.

“Sungai Segget dan Pantai Lido adalah bukti tahap pencemaran yang semakin berkurangan, malah pembiakan alga dan rumpai menunjukkan kawasan itu semakin bersih daripada pencemaran.

“Dengan penggunaan aplikasi EM ini, MBJB dapat mengurangkan kos bagi membersihkan kawasan berkenaan kerana penggunaan bahan itu hanya membabitkan bahan terbuang,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Engku Tun Aminah (SMETA) dan Pelancaran Kelab EM sekolah berkenaan sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di sini, baru-baru ini.

Katanya, sekolah berkenaan adalah sekolah pertama dalam kawasan bandar raya yang mewujudkan Kelab EM bagi memberi pendedahan dan galakan khusus untuk mewujudkan pelajar yang prihatin dengan persekitaran.

Beliau turut berasa yakin dengan penubuhan kelab EM itu, kerana ia bukan saja akan melahirkan pelajar yang peka dengan alam sekitar malah mendidik mereka untuk lebih menghargai alam sekitar.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Siti Raudah Moh, berkata penubuhan kelab itu selaras dengan projek alam sekitar dan aplikasi EM yang bakal dijalankan di sekolah itu.

ARKIB : 23/04/2010

MBJB terus tingkatkan aplikasi EM

JOHOR BAHRU 22 April - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan terus meningkatkan penggunaan aplikasi bioteknologi mikro organisma berkesan (EM) pada masa akan datang untuk menjadikan Johor Bahru sebuah bandar lestari.

Datuk Bandar MBJB, Mohd. Jaffar Awang berkata, penggunaan EM secara meluas di daerah itu dilihat boleh membantu kerajaan meningkatkan mutu air yang dirawat agar mencapai piawaian yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar.

"Aplikasi EM ini sudah digunakan di beberapa sungai di bawah seliaan MBJB termasuk Sungai Stulang, dan apa yang dapat dilihat kualiti air di kawasan berkenaan semakin baik.

"Beberapa program bersama penduduk serta pelajar sekolah telah dilaksanakan bagi memastikan teknologi berkenaan dapat digunakan secara meluas," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Bumi Sedunia 2010 di Hutan Bandar, di sini hari ini.

Seramai 191 murid dari enam buah sekolah dari sekitar Johor Bahru terlibat dengan upacara penanaman pokok Golden Chain sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Bumi Sedunia 2010.

Mohd. Jaffar berkata, semangat cintakan alam sekitar perlu dipupuk dan disemai ke dalam diri setiap individu sejak di bangku sekolah lagi agar dapat dijadikan pendorong untuk membentuk sikap positif.

"Saya yakin melalui program sedemikian, kesedaran untuk memulihara alam sekitar dapat disemai dan pada masa akan datang kita akan dapat mewujudkan sebuah komuniti yang mapan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/

Aplikasi EM berkesan rawat air, saliran MBJB

JOHOR BAHRU: Usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperkenalkan aplikasi penggunaan mikro organisma efektif (EM) semakin menunjukkan hasil selepas kebanyakan sekolah di bandar raya ini berminat untuk menjadikan aplikasi itu sebagai projek memelihara alam sekitar.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Naim Nasir, berkata aplikasi EM yang digunakan secara meluas dalam kawasan bandar raya ini semakin memberikan kesan positif terutama dalam perawatan sistem saliran dan air.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan bukan saja mewujudkan persekitaran yang selesa kepada masyarakat malah mampu menjimatkan kos penyelenggaraan prasarana bandar raya kerana hasilnya yang lebih mesra alam serta berpanjangan.

“Sungai Segget dan Pantai Lido adalah bukti tahap pencemaran yang semakin berkurangan, malah pembiakan alga dan rumpai menunjukkan kawasan itu semakin bersih daripada pencemaran.

“Dengan penggunaan aplikasi EM ini, MBJB dapat mengurangkan kos bagi membersihkan kawasan berkenaan kerana penggunaan bahan itu hanya membabitkan bahan terbuang,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Engku Tun Aminah (SMETA) dan Pelancaran Kelab EM sekolah berkenaan sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di sini, baru-baru ini.

Katanya, sekolah berkenaan adalah sekolah pertama dalam kawasan bandar raya yang mewujudkan Kelab EM bagi memberi pendedahan dan galakan khusus untuk mewujudkan pelajar yang prihatin dengan persekitaran.

Beliau turut berasa yakin dengan penubuhan kelab EM itu, kerana ia bukan saja akan melahirkan pelajar yang peka dengan alam sekitar malah mendidik mereka untuk lebih menghargai alam sekitar.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Siti Raudah Moh, berkata penubuhan kelab itu selaras dengan projek alam sekitar dan aplikasi EM yang bakal dijalankan di sekolah itu.

Sumber: Berita Harian, 28 April 2009