Saturday, October 10, 2015
Tuesday, September 22, 2015
Monday, September 21, 2015
BIOTEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN KICAP ASLI
Sains bioteknologi adalah satu bidang yang sangat menarik dan menemukan kita dengan banyak perkara yang luar biasa dan kadang kala perkara yang tidak pernah terfikir oleh akal kita. Malah aplikasi ilmu ini dalam bidang makanan telah dimulakan sejak ribuan tahun yang lampau.
Salah satu daripada makanan yang paling popular dan terhasil daripada aplikasi ilmu ini dengan menggunakan bantuan mikroorganisma ialah kicap. Sos kacang soya berwarna hitam legam ini digunakan hampir di segenap ceruk bumi. Di setiap negara juga mempunyai kicap versi mereka sendiri sesuai dengan citarasa tempatan. Perkataan 'kicap' didakwa berasal daripada bahasa Hokkien, iaitu koechiap atau ke-tsiap
Kicap adalah penyedap makanan yang secara umumnya mempunyai rasa masin dan manis. Asasnya, kicap diperbuat daripada kacang soya, tetapi ada juga yang dibuat daripada air kelapa untuk menjadikan ia masin selain menggunakan ikan laut. Walaubagaimanapun, rasa masin kicap lazimnya datang daripada garam yang merupakan ramuan paling mustahak.
Kicap tulen diperbuat daripada soya yang ditapai atau diperam dengan koji. Koji atau nama lainya kulapuk adalah mikroorganisma dengan istilah saintifiknya Aspergillus orizae. Koji juga dikenali sebagai ragi. Tanpa kehadiran unsur penting daripada mikroorganisma ini, kicap tidak akan terhasil. Sesetengah kicap yang berjenama murah ada juga yang menggunakan protein soya yang dihidrolisis. Walaubagaimanapun, ia mempunyai warna yang berbeza, iaitu lebih pucat seakan-akan karamel.
Apabila kacang soya telah dibersihkan, ia akan direndam selama 12 jam sebelum dikisar atau dihancurkan. Setelah itu ia akan direbus bagi melembutkannya, kemudian ditapai dengan koji dan beberapa organisma terpilih lain untuk menjadikannya tempe kacang soya. Tempe ini dijemur dibawah cahaya matahari sehingga kering terlebih dahulum sebelum direndam dalam larutan garam.
Garam digunakan kerana ia adalah sebatian yang selektif terhadap pertumbuhan mikrob. Hanya mikrob yang dapat bertahan daripada garam yang dapat tumbuh dan hidup dalam larutan air masin soya tersebut. Umumnya, terdapat banyak jenis ragi dan bakteria yang rintang terhadap garam seperti Zygosaccharomyces dan Lactobacillus.
Mikrob-mikrob ini akan memecahkan protein menjadi asid amino dan komponen perasa lain serta mengahsilkan asid. Penapaian resebut hanya terjadi apabila kadar garan cukup tinggi, iaitu antara 15-20 peratus.
Tempe kacang soya ini akan direndam dengan larutan garam antara 10 hingga 15 minggu. Pada waktu siang hari yang panas, bekas rendaman selalunya diletakkan di bawah udara terbuka. Setelah penapaian dalam larutan garan selesai, saluran keluar bahagian dasar bekas dibuka dan cairan dikeluarkan. Cairan itu dikenali sebagai kicap No. 1. Kemudia kek-kek soya direndam lagi dengan larutan garam sehingga lapan atau sepuluh minggu dan diolah seperti kicap No 1. Setelah penapaian selesai, cairan kicap yang dikeluarkan ini dikenali sebagai kicap No 2 yang lebih pekat. Manakala kek-kek rendaman tadi tidak akan dibuang begitu sahaja., sebaliknya akan direndam pula dengan air bersih dan diproses menjadi makanan haiwan ternak.
Bagi menyediakan kicap yang mempunyai pelbagai perisa, beberapa ramuan tambahan lain akan dimasukkan seperti halia, lengkuas dan kulit kayu manis. Bahan-bahan ini biasanya dikisar halus dan dibungkus dengan kain sebelum direbus dalam larutan kicap.
Lazimnya gula meraj akan ditambah untuk diberi perisa manis kicap. Namun, banyak pengusaha kicap sekarang menambahkan monosodium glumatamat (MSG) untuk menyedapkan rasa. Apabila kicap siap dimasak, ditambah perisa, ditapis dan disejukkan barulah ia dibotolkan.
Kaedah membuat kicap ini adalah lebih kepada cara tradisional. Ramai yang mendakwa resepi membuat kicap datangnya daripada China sebagaimana asal usul namanya. Kemudian kicap ini mula tersebar ke Asia Timur, Asia Selatan dan Eropah. Berdasarka rekod yang dicatatkan oleh Kompeni India Timur Belanda, kicap pertama yang dikesan sebagai komoditi ialah pada tahun 1737 apabila 75 tong kicap dibawa belayar dari Dejima, Jepun ke Kepulauan Jawa (sekarang Jakarta). Manakala 35 tong daripadanya dikatakan di bawa terus ke Belanda.
Menjelang kurun ke-18, Isaac Titsingh menulis rekod tentang penapaian kicap yang digelar sebagai shoyu di Jepun (mungkin orang utara semenanjung Malaysia mengambil perkataan ini kerana di utara kicap dipanggil toyu). Meskipun banyak juga deskripsi terawal mengatakan sos soya ini disebarkan di Barat, tetapi catatan Isaac ini merupakan antara yang paling awal memfokuskan secara terperinci penapaian sos secara versi Jepun.
Pada pertengahan abad ke-19, sos soya ini semakin sinonim dengan produk China. Jumlah pengeluaran daripada negara Tembok Besar ini telah melebihi had pengeluaran pesaing Barat yang lain dalam pasaran semasa. Ada yang mendakwa, sebenarnya orang Eropah pada zaman awal memang tidak tahu menghasilkan kicap kerana mereka tidak faham mengenai fungsi ramuan terpenting, iaitu ragi atau koji.
Pada hari ini, berdasarkan kajian demi kajian dan semakin banyak bijak pandai dalam bidang sains, maka pembuatan kicap semakin dipermudahkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka semakin memahami peranan bakteria dan bagaimana organisma ini bekerja. Malah, teknologi moden yang ada sekarang memungkinkan penghasilan kicap hanya dalam tempoh sehari dengan bantuan enzim yang sesuai. Namun terdapat sedikit kekurangan dalam teknik ini, dimana kualiti dan rasanya tidak seasli rasa penghasilan kicap menggunakan kaedah tradisional.
Selain menyedapkan makanan, menambah aroma dan membuka selera, kicap juga memberi faedah untuk kesihatan. Merujuk kepada penyelidikan daripada Universiti Singapura, kicap pekat China dikatakan mengandungi 10 kali ganda jumlah antioksida berbanding dengan wain merah. Antioksida dikatakan elok untuk mencegah penyakit kanser. Sungguhpun begitu, pengambilan kicap yang berlebihan tetap mengundang penyakit, sementelah lagi apabila ia ditambah dengan perisa makanan seperti MSG. Kicap boleh menjadi terlalu masin dan tidak sesuai dengan peghidap darah tinggi.
Kajian saintis daripada Agensi Piawaian Makanan UK pada tahun 2001 pula menyatakan kebanyakan kicap yang dihasilkan daripada kicap yang dihidrolisis, 22 peratus daripada sampelnya mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahan yang dikenali sebagai 3-MCPD, iaitu 3-monocloropropane-1,3-diol dikatakan melebihi daripada tahap keselamatan yang ditetapkan oleh pihak Kesatuan Eropah. Oleh itu, bahan yang terkandung dalam sos soya ini apabila melebihi tarikh luputnya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
Sememangnya kicap sudah begitu membudaya dalam kehidupan masyarakat sehingga setiap dapur rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebotol kicap. Jika tidak menjadi hidangan segera pada saat-saat genting, kicap juga boleh menjadi ubat yang berkesan bagi kulit yang terbakar.
Sesungguhnya setiap satu ciptaan Allah SWT itu jika diteliti akan memberikan seribu satu kegunaan kepada manusia yang melihat dan bijak bertindak sebagai khalifah Allah di muka bumi.... (sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)
Ikutiah kisah jutawan kicap dengan KLIK DI SINI.

MAHU JADI JUTAWAN
Jika kita sedar bahawa kedewasaan kita ini ini sebenarnya bermula daripada seorang anak kecil, maka kita juga sepatutnya sedar bahawa potensi perniagaan kecil yang seseorang ceburi berpotensi membesar menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.
SETERUSNYA KLIK SINI
Kita boleh memiliki bisnes yang besar melalui perkembangan bisnes kecil yang kita miliki.Oleh itu, buat permulaannya , mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang mampu anda dijalankan sebagai asas jika berminat untuk menjadi usahawan yang boleh berjaya.
JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Haji Lambak Mohamad..Pengasas Kicap Kipas Udang.

Wednesday, August 26, 2015
JADUAL KURSUS ASAS TEKNOLOGI MAKANAN MEMPROSES PRODUK MAKANAN

YURAN PENYERTAAN
1. Individu – RM250.00
ii. Berkumpulan 5 orang - RM 200.00 / seorang
Yuran termasuk:-
Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal
Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
Nota-nota Lengkap
Sijil Penyertaan kursus
Tempat Kursus : Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.
Hubungi :
E-mail: wmkfood@gmail.com
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
KURSUS JUS/ KORDIAL BUAHAN DAN HERBA
KURSUS MEMBUAT MINUMAN SOAYA
KURSUS MEMBUAT CINCAU
KURSUS MEMBUAT SOS CILI
KURSUS MEMBUAT ROTI CANAI DAN MURTABAK RAJA

Subscribe to:
Posts (Atom)