Friday, November 14, 2014

KHASIAT BUNGA ROSELLE SIAP PROSES

BUNGA ROSELLE 
( Hibicus Sabdariffa L.) 

Tanaman Roselle mula berkembang di Terengganu pada pertengahan tahun 1980an melalui program pembangunan kerajaan negeri dengan bantuan daripada Penyelidik dari Universiti Malaya.

Kaliks bunga tanaman ini  sangat berkhasiat dan tidak menimbulkan kesan samping yang negatif. Amat kayadengan vitamin dan mineral juga amat kaya dengan kalsium. Mengandungi 260-280 mg vitamin C, vitamin D, B1 dan B2 pada setiap 100 gramnya, kalsium  sekitar 486 mg / 100 gr. disamping mengandungi Magnesium, Omega 3 , Vitamin A, Iron, Potasium, Beta Caroteen & Asam Esensial dan sangat berkesan dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna.
Ladang roselle di Terengganu
Bunga roselle
Kalik bunga roselle

Bunga roselle bersifat antioksidan semulajadi mampu  menutralkan toksid dalam badan

Pengunaan rosell juga berkesan dalam membantu pengguna :-

Menurunkan tekanan darah tinggi .
Menurunkan kadar gula dalam darah pada penderita diabetes (kencing manis).
Mencegah tumbuhnya kanser.
Awet muda
Mencegah timbulnya penyakit pada orang tuabatuk kronis, osteoporosis.
Menjaga tenaga (stamina), mencegah stroke dan menormalkan tekanan darah.
Menurunkan kolesterol dalam darah dan mengawal berat badan.
Mengurangi panas dalam badan.
Mengatasi masalah susah buang air besar.
Menurunkan tingkat penggumpulan lemak di hati.
Mengurangi rasa pening atau migrain.
Mengandungi multivitamin, termasuk Vitamin C dan B Caroten.
Membantu memulihkan kebergantungan kepada obat.

Pencegah penyakit kardiovaskular
Resdung dan asma
Stress dan sukar tidur
Batuk dan mencairkan kahak
Meningkat daya tahan tubuh
Anti-inflection bakteria
Membantu proses pencernaan
Mencegah keradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal

Mengenai khasiat istemewa roselle untuk lelaki, AO Bentong pada 3.1.2009 dalam blog agrobentong.blogspot.com menulis sebagaimana berikut :-

Bunganya dikatakan boleh memberikan tambahan tenaga yang cepat . Ada kajian yang telah dijalankan oleh institusi akademik telah menemui ada bahan yang dapat memberikan kesan yang sama seperti viagra khas untuk tenaga dalaman lelaki."

"Ada satu cerita dari usahawantani yang memberitahu, rakannya sepatutnya perlu diberikan rawatan insulin secara berterusan jika kandungan gula dalam darah tinggi. Tetapi ada perkhabaran gembira bila rakan ini tadi mengamalkan petua memakan 3 helai pucuk roselle, 2 kali seminggu sahaja sebelum 3 minggu untuk rawatan susulan. Kandungan gula dalam darah rakan ini tadi turun ke paras normal."

"Saya juga pernah merasai sendiri khasiat roselle ini. Ini semua berlaku ketika saya baru sahaja bertukar tempat kerja yang agak jauh dari tempat tinggal saya. Banyak perkara yang perlu dibuat dan perlu difikirkan. Ini telah menyebabkan saya mengalami tekanan darah tinggi, hipertension. Tapi bila saya disarankan mengamalkan minum jus roselle, Alhamdulillah semuanya okey selepas seminggu."

"Banyak lagi yang ingin diceritakan mengenai khasiat roselle ini. Namun biarlah anda sendiri merasainya sendiri dan amalkan. Insya-Allah anda akan rasa nikmat dan kelebihannya"



BUNGA ROSELLE SIAP PROSES


Bunga roselle siap diproses

CARA GUNA :

4 hingga 6 kelopak bunga roselle siap diproses di rebus atau direndam dengan air panas mendidih dalam satu  jag air / dapat juga diminum seperti teh, jika suka boleh tambahkan gula secukupnya.

ROSELLE SIAP PROSES DISEDIAKAN DALAM : 

Bungkusan 100 gram - RM 20.00
Bungkusan   30 gram - RM   7.00



Untuk pesanan e-mail : azwaroselle@gmail.com
                                       wmkfoodindustries@gmail.com

SEGALA PEMBAYARAN TUNAI/CEK/LO HENDAKLAH DIBUAT KEPADA : WMK FOOD INDUSTRIES
NAMA BANK : HONG LEONG BANK
CAWANGAN : KUALA TERENGGANU
NO AKAUN   : 30501009294

Sumber : JAMES A. DUKE 1983 & J. MORTON 1987 at www.hot.purdue.edu/ newer
Rujuk : 
http: / / www.arsellahikmah.com/ 2012/ 06/ bunga-sang-lala-rosella.html
Rujuk : alim.sekolah4u.com

Rujuk: agrobentong.blogspot.com

Wednesday, October 1, 2014

KEMENTERIAN KESIHATAN MENGGALAKAN JUS DAUN BETIK DIGUNAKAN SEBAGAI RAWATAN SAMPINGAN DENGGI




KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN MEMPROSES MAKANAN/MINUMAN HALAL 2014/2015

PENGENALAN


Kursus Asas Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan dan minuman halal telah dilaksanakan  bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses makanan dan minuman halal seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk minuman berasaskan  buah-buahan dan herba.

Kursus ini juga merupakan suatu kemudahan latihan keusahawanan memproses makanan halal. Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk yang boleh dihasilkan dari rumah mahupun di kilang yang khusus.  Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan  dengan prosedur yang dipermudahkan bagi  membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman didalam pemprosesan makanan dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah  melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.................


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Saturday, August 9, 2014

Kepentingan usahawan bioteknologi kepada Islam

Cetak

Ditulis oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh. Posted in Utusan Malaysia

Ramai yang menyatakan bahawa banyak hasil penyelidikan dalam bidang bioteknologi misalnya yang hanya menjadi bahan rujukan di dalam jurnal-jurnal ilmiah semata-mata. Tidak banyak hasil penyelidikan ini yang dikomersialkan.
Jika pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan bioteknologi gagal dilaksanakan, maka bidang ini tidak akan dapat menyumbang ke arah pengukuhan K-ekonomi. Beberapa sebab dikenal pasti sebagai punca hasil penyelidikan dan pembangunan bioteknologi gagal dikomersialkan.
Pertama, kebanyakan saintis dan teknologis di dalam bidang bioteknologi tidak mempunyai pengetahuan atau kepakaran di dalam selok-belok dunia perniagaan dan keusahawanan. Agak tidak wajar dan tidak adil untuk mengharapkan mereka terjun ke dalam dunia perniagaan sekiranya mereka tidak mempunyai kepakaran sebagai usahawan.
Oleh itu, satu pendekatan yang sesuai ialah untuk menemukan golongan saintis dan teknologis ini dengan golongan usahawan yang mempunyai naluri peniaga. Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga dan usahawan tidak mahu menerokai bidang keusahawanan bioteknologi ini kerana ia tidak menjanjikan pulangan dalam jangka masa yang singkat.
Perkara inilah yang menyumbang kepada punca kedua mengapa hasil penyelidikan dan pembangunan bioteknologi gagal dikomersialkan. Tidak seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyediakan pulangan dalam jangka masa yang agak singkat, bidang bioteknologi memerlukan masa bertahun-tahun untuk proses pembangunan, apa lagi proses pengkomersialan.
Untuk mereka cipta sejenis ubat misalnya mengambil satu jangka masa yang lama. Ubat ini mesti dipastikan keberkesanan dan keselamatannya terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Hakikatnya kepada seorang usahawan, masa adalah wang. Maka tidaklah menghairankan apabila kita mendapati ramai yang teragak-agak untuk terlibat di dalam bidang pengkomersialan hasil bioteknologi kerana faktor masa ini.
Jalan penyelesaian bagi keadaan ini ialah untuk mewujudkan satu generasi usahawan yang baru yang dikenali sebagai biousahawan. Golongan ini adalah golongan yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan dan pembangunan bioteknologi, dan pada waktu yang sama mempunyai kemahiran di dalam bidang keusahawanan. Golongan biousahawan ini bolehlah dianggap sebagai generasi usahawan alaf baru yang akan menjadi penggerak utama K-ekonomi.
Namun demikian, untuk berjaya di dalam bidang keusahawanan bioteknologi ini, golongan biousahawan perlulah mengenal pasti peluang dan ruang yang memberikan kelebihan kepada mereka. Mereka tidak mampu untuk meniru bulat-bulat apa yang telah dilakukan oleh orang lain.
Tidak seperti pisang goreng, pembangunan bidang bioteknologi tidak boleh ditiru untuk dikomersialkan oleh syarikat lain. Sekiranya satu-satu jenis ubat misalnya telah dipatenkan dan dimiliki oleh sebuah syarikat, maka syarikat lain tidak boleh sama sekali meniru ubat tersebut. Jika ini dilakukan, maka syarikat yang meniru tadi dianggap telah mencuri harta intelektual syarikat yang menghasilkan ubat yang asal tadi.
Dalam konteks Malaysia, seperti yang telah diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita tidak mampu untuk menjadi penggiat dalam banyak bidang tanpa menguasai apa-apa bidang langsung. Atas sebab inilah maka dua bidang telah dikenal pasti sebagai bidang yang menjadi kekuatan untuk Malaysia, iaitu bioteknologi pertanian dan penerokaan produk semula jadi.
Bidang bioteknologi pertanian sebenarnya telah bertapak lama di negara kita menerusi kajian yang dijalankan ke atas tanaman-tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Malah telah diakui bahawa penyelidikan yang dijalankan di Malaysia jauh lebih maju berbanding negara asal tanaman-tanaman tadi.
Walau bagaimanapun, masih banyak ruang yang belum diterokai di dalam bidang bioteknologi pertanian ini. Justeru, dengan mengaplikasikan bioteknologi kepada sektor pertanian, ia mampu menggerakkan semula sektor ini sebagai penyumbang utama pembangunan ekonomi negara.
Dalam bidang penerokaan produk semula jadi pula, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil kekayaan semula jadi yang melimpahruah. Kepelbagaian bio ini membuka ruang dan peluang kepada biousahawan untuk menerokai kemungkinan mengkomersialkan hasil-hasil semula jadi yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada bumi Malaysia.
sumber: www.jakim.gov.my

Friday, July 11, 2014

KULTUR TISU ORKID

Secara konvensional orkid dapat dibiakkan secara keratan batang dan pemisahan ubi semu. Melalui perkembangan bioteknologi orkid dapat dibiakkan secara semaian biji benih dan secara kultur tisu.

Baru-baru ini FRIM berjaya membiakkan orkid harimau secara tisu kultur di makmalnya di Kepong, Selangor dimana hampir satu juta anak orkid harimau berjaya dibiakkan.




Teknik tisu kultur merupakan satu teknik membiak orkid secara komersial.