Thursday, November 14, 2013

BIOTEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN INOKULUN GAHARU

Antara mikrob yang menghasilkan inokulun gaharu ialah Fusarium. Mikrob ini menghasilkan 3 spora tak-kawin, iaitu mikrokonidium, makrokonidium, dan klamidospora. 

Konidiofor jarang bercabang, tidak membentuk rantai, tanpa sekat, elips-silindris, lurus-lonjong, pendek, dan sederhana. 
Mikrokonidium mempunyai satu atau dua sel, terdapat jumlah banyak, dan sering dihasilkan pada semua kondisi. Jenis spora ini banyak dijumpai di dalam jaringan tanaman yang diserang. 
Sementara itu, makrokonidium mempunyai tiga sampai lima sel dan berbentuk lengkung. Jenis spora ini umumnya banyak dijumpai di permuakaan tanaman yang mati karena diserang mikrob ini . Mikrob ini berbentuk gelendong, lonjong, hujung tajam, mempunyai 3-5 bahagian.





Mikrob ini diambil daripada sumbernya dan dibiakan dimakmal dalam media padat sebagaimana di bawah :-
 Seterusnya Mikrob ini diambil  dan dibiakan dalam media cair sebagaimana di bawah :-

Pembiakan mikrob dalam media cair diulang bagi menambahkan kuantitinya sebagaimana di bawah :-



 
Seterusnya pembiakan mikrob dalam media cair dilakukan secara fermentasi bagi memperbanyakan  kuantitinya sebagaimana untuk diguna sebagai inukulun menghasilkan gaharu di bawah :-




Akhirnya mikrob dalam media cair hasil daripada fermentasi dibotolkan bagi tujuan diagihkan kepada petani-petani yang mengusahakan tanaman gaharu sebagaimana di bawah :-

 

KEHEBATAN INDUSTRI BIOTEK DI TERENGGANU: KILANG BIO-METIONINA DAN ISOBUTANOL DUNIA DI KERTIH BAKAL BEROPERASI MEI 2014

Laporan eksklusif oleh: Ruslan Abdul Rahman

 
Kilang Bioteknologi yang pertama di dunia bagi penghasilan metionina atau mudahnya difahami sebagai asid amino di Kertih Terengganu dijangka akan memulakan operasi pada bulan Mei tahun depan.

 Dengan permulaan operasi di Taman Biopolimer Kertih, bermakna langkah menjadikan Terengganu sebagai pelopor loji bio-metionina yang pertama seumpamanya di dunia menjadi kenyataan.

 Kilang itu adalah pelaburan bersama Arkema dari sebuah syarikat Kimia dari Perancis yang terkenal dengan CheilJedang (CJ) dari Korea.


 CJ merupakan peneraju dunia dalam industri bioteknologi dengan inovasi penapaian dan penulenan, di mana ia juga merupakan pengeluar utama produk-produk berasaskan penapaian dengan operasi perniagaan di enam benua.

 Manakala Arkema pula merupakan syarikat kimia global dan pengeluar bahan kimia khusus yang terkemuka dari Perancis, dengan operasi di lebih daripada 40 buah negara.


Jangkaan operasi kira-kira 11 bulan lagi disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSE Resources Corporation Sdh.Bhd., Azhar Anuar kepada Pengarang Teganukita semalam selepas memberi taklimat kepada kepada rombongan Terengganu Inc.

NSE Corporation adalah syarikat pembekal kepada CJ dan Akema dalam pembangunan kilang dan loji berkenaan.
 

Semalam Terengganu Inc diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda telah mengadakan lawatan ke tapak kilang berkenaan di Kertih.

Turut sama ialah para pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).  Menurut Azhar, boiler wap (Biomass Steam Boiler) yang dibina itu boleh menampung 180 tan sejam yang terbesar setakat ini berbanding bolier sedemikian di negara Eropah iaitu Copenhagen, New York hanyalah 144 tan sahaja sejam.
Katanya, loji biotek itu antaranya mengandungi Boiler Wap sebanyak 11 unit, Boiler Wap Biomass 3 unit, drum wap 3 unit, blower 4 unit, pengering, pelembut dan pelbagai peralatan teknologi biotek lagi.

Di samping itu kemudahan bangunan pentadbiran, makmal, bengkel penyelenggaraan, kawasan penyimpanan cip kayu, menara pendingin, jambatan timbang dan sebagainya turut diadakan dan sedang dalam penyiapan pembinaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Terengganu Inc. , Dato’ Haji Wan Ahamad mengucapkan melahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan negeri di atas kelancaran pembangunan loji biotek bertaraf dunia itu, malah pertama seumpamanya di dunia.

Ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mahu melihat kejayaan pembangunan kilang bioteknologi dengan pelaburan RM2 billion oleh gabungan syarikat terkenal dari Prancis dan Korea itu.

Beliau berharap, bekalan bahan tumbuhan untuk diproses seperti pokok petai belalang ,acacia dan cip kayu yang lain mencukupi untuk menampung operasi kilang biotek itu serta membuka bidang baru penanaman dan pembekalan bahan perladangan untuk kegunaan loji biotek itu.


Ladang Petai Belalang di Marang

Inilah sumber inovasi dan penemuan baru ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat untuk rakyat negeri Terengganu, katanya.


Sebelum itu, di sebelah pagi beliau turut melawat ladang Petai Belalang di Pulau Kerengga Marang.

Saturday, May 4, 2013

WATER CULTURE

APAKAH HIDROPONIK TULIN (WATER CULTURE) ?
Hubungi : Terengganu Hydroponics Society

Hidroponik tulin ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. 
KELEBIHAN HIDROPONIK 
Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;  
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.                   
KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan pum air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat penanaman dan kembali semula ke tangki .
Larutan nutrient digerakan dari tangki kepalung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient.
 Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway.
Alatan asas yang diperlukan seperti berikut:-

i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran berbuah kerana memerlukan jangka masa yang panjang dalam system hidroponik  dari tanam hingga menuai.
Sistem NFT - (suber: www.homehydosystems.blogspot,com )
                                                                                                           
Sistem Takung Statik
Kaedah hidroponik  tidak memerlukan pum air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman .

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

 i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.
Hidroponik Takung Statik (sumber : google)
 Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic)
Pada asasnya sama dengan dengan system takung statik, cuma tambahan bubbler dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi system ini.
Bucket bubbler hydroponic juga contoh system ini.
Sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar.
HidroponikTakung Dinamik- Bubbler (sumber : flicker.com)
 
KAEDAH PENANAMAN

Ketiga-tiga sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
 
Cara Mengubah:
 


  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • atau kepitkan bahagian batang pokok kepada kiub sponge dengan bahagian akar terjuntai kebawah dan pindah ketempat penanaman.


  •  
    Anak Pokok Dikepit Ditengah Bongkah Sponge
    • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
    • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
    Cara Semaian terus
    • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu,
    • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
    • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
    • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
    *Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman  atau sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar..

    Kaedah Penanaman Hidroponik Takung  Statik - (sumber : google)



    (a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah di atas yang disertakan.
    (b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.
    (c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
    (d) Risalah pertanian mengesyurkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja kedalam takung.

    Hidroponik tulin satu teknik yang simple tidak memerlukan tanah atau media selain air berbanding sistem tanaman biasa mahupun fertigasi.

    MASTER MICROBES

                                        LARUTAN MOLASES BERBAKTERIA
    BACTERIAL MOLASES SOLUTION
    EM – EFFECTIVE MICROORGANISM
    Bio-Teknologi

    Master Microbes (MM) menggunakan planktin yang segar serta bacteria EM yang dihasilkan melalui bio-teknologi untuk menghasilkan bakteria-bakteria baik dari Siri Kumpulan Ragi, Siri Faktor Pengeluar Bakteria, Siri Pengeluar Asid Fostosik dan lain-lain.

    Kelebihan-Kelebihannya

    . Membersih kotoran industri dan rumahtangga
    . Mengawal bau busuk (odor)
    . Membersih pencemaran alam sekitar
    . Rawatan tangki septik
    . Rawatan tapak pelupusan sampah
    . Pertanian, perikanan dan penternakan
    Cara Penggunaan

    MM dicampur air bersih dan digunakan untuk kerja-kerja pembersihan dengan nisbah :-
    Cucian am 1:40, Bilik Air (lantai, sink, mangkok tandas) – 1:50, Cermin tingkap 1: 250, cucian secara semburan tekanan 1:20, Tumpahan diesel dan pelincir 1:40, Wax dan kulat – 1:250 (disembur 15 minit sebelum diberus).

    Kawalan bau busuk- 1:100 – 1:200 (dibasahi pada objek berbau atau fogging),

    Pencemaran laut, sungai, kolam, air kumbahan- 1:1,000 – 1:40,000 ditambah satu unit mudball setiap 1 meter persegi keluasan,

    Sisa pepejal/Tapak Pelupusan Sampah 1:1,000,

    Tangki septik - masukan 1 liter /meter padu tangki septik, seterusnya 500 ml sebulan.

    APLIKASI MM

    MM merupakan induk mikrobes yang berada dalam keadaan doman. MM boleh digunakan secara terus atau diperbanyakkan induknya dengan diaktifkan secara fermentasi sebelum digunakan.


    Satu (1) liter MM Doman dapat diaktifkan kepada 20 liter MM Aktif sebelum diaplikasikan.

    CARA MENGAKTIF MASTER MICROBES (MM)

    Gunakan bekas 20 liter yang mempunyai penutup
    Pastikan bekas berkenaan bersih.
    Masukkan 18 liter air tanpa klorin ke dalam bekas, jika air paip digunakan, dedahkan kepada cahaya matahari air berkenaan terlebih dahulu sehari.
    Tambah 1 liter Molases (boleh juga guna gula merah) dan kacau hingga larut.
    Tambah 1 liter MM dan kacau hingga larutkan.
    Tutup bekas sehingga rapat dan simpan ditempat gelap.
    Lepaskan gas yang dihasilkan pada hari ketiga dengan membuka penutup botol dan ketatkan kembali penutup botol berkenaan.
    MM Aktif boleh digunakan selepas hari ketujuh.

    MM Aktif perlu dicampur air bersih tanpa klorin sebelum digunakan dengan nisbah berikut :-

    Bagi tujuan pereputan nisbah MM Aktif dengan air 1:50
    Bagi menghilangkan bau (odor) nisbah MM Aktif dengan air 1:100 atau 1:200
    Bagi minuman ternakan (pribiotik) nisbah MM Aktif dengan air 1:200
    Bagi rawatan kolam ternakair nisbah MM Aktif dengan air 1:500 hingga 1:1000
    Bagi rawatan kolam dan tasik nisbah MM Aktif dengan air 1:10,000 ditambah mudball.
    MM Aktif boleh diguna dalam tempoh satu bulan.
    Jauhkan MM Aktif daripada cahaya dan suhu terlalu tinggi.


    MM Doman boleh Disimpan sehingga setahun.


    Kegunaan Master Microbes (MM)
    Baja Pertanian



    Mikrobes baik bermanfaat yang disembur kepada tanaman dan pangkal tanaman akan membaiki struktur baja dalam tanah akan mengeluarkan hasil yg berkualiti dengan tumbesaran yg optima.



    Binatang Ternakan



    Aplikasi MM yang disembur pada najis haiwan dapat menghapus bau busuk binatang, menyembuhkan penyakit. Campuran campuran dalam makanan dan minuman ternakan agar ternakan menghasilkan daging, telur, susu dan ikan bermutu tinggi.

    Pengurusan sisa Pepejal
    Dapat kitar semula sisa organik seperti sampah rumahtangga , rumput dan sebagainya. Dengan menyembur MM, ia dapat dijadikan sebagai baja kompos.

    Rawatan Air


    Mengurangkan bau busuk, mengawal pencemaran air dan membaiki ekosistem biodiversity.

    Kegunaan Rumahtangga

    Menghilangkan bau busuk bila disembur dalam tandas, bilik air serta menumpaskan bakteria jahat.

    MASTER MICROBES (MM)

    MASTER MICROBES (MM) adalah kumpulan mikroba pengurai (decomposer) semulajadi terutama bakteri, aktinomycetes, ragi, dan kulat. Untuk menguraikan berbagai sisa pepejal organik, rumah tangga, pertanian, peternakan, perikanan, dan industri disamping bertindak sebagai probiotik dan mengawal proses pembusukan (putrefacation).


    KEGUNAAN MMPenggunaan Master Microbes antara lain adalah seperti berikut:
    • Inokulan (bioaktivator) untuk pengkomposan berbagai sisa pepejal organik dan
    menghasilkan kompos bermutu tinggi .
    • Inokulan untuk mempercepat penguraian buangan organik dalam tangki septik
    sehingga lambatpenuh serta mengawal bau busuk danmengawal
    pathogen (E. coli dan mikroba pathogen lainnya dalam tangki septik ).
    • Inokulan untuk pengkomposan buangan industri kelapa sawit termasuk tandan kosong, industri kertas dan buangan hasil pertanian lainnya.
    • Kadar penggunaan yang rendah dengan efektifivitas tinggi (100 gram untuk 1 – 10 m3 kompos)
    • Praktikal untuk industri, rumah tangga, dan lain-liannya serta mesra alam.
    APLIKASI MM

    1. PENGKOMPOSAN SISA PEPEJAL ORGANIK


    a. Larutkan inokulan Master Microbes atau campurkan 100 g dalam 50 -100 L air dan tambahkan 1 – 2 kg dedak, 100 - 200 g gula pasir dan 100 g Urea. Kemudian larut hingga merata. Selanjutnya dibiarkan sekitar 2 - 4 jam, dalam waktu tersebut lakukan pengadukan 2-3 kali.
    b. Siramkan larutan tersebut pada tumpukan atau campuran bahan kompos secara merata (cukup untuk 1 – 10 m3 bahan kompos,
    2. PENGURAIAN BUANGAN ORGANIK DALAM TANGKI SEPTIK


    Aktifkan Master Microbes dengan melarutkan sekitar 5 - 10 gram (satu sudu makan) ke dalam 1 – 2 L air bekas cucian beras kemudian campur hingga merata. Biarkan 2 - 4 jam lalu masukan ke dalam tangki septik atau melalui kloset dengan aplikasi 1 - 2 kali/bulan.
    3. PROBIOTIK


    Probiotik adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria sebagai mikrob yang paling umum dipakai mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
    Probiotik bermaksud bakteria baik . MM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
    4. MENGAWAL PROSES PEMBUSUKAN (PUTREFACION)

    MM mampu mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan BM bertindak ke atas bahan organan dan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.
    5. MERAWAT LONGKANG, SUNGAI DAN TASIK

    Bagaimanakah MM ini bertindak dan diaplikasikan sebagai bahan pemusnah yang amat berkesan kepada pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya dalam pengurusan dan pemuliharaan sungai dan takungan-takungan air? Sebenarnya tidak sukar untuk BM ini diaplikasikan. Kaedah mudah ia diaplikasikan ialah dengan menempatkan bebola lumpur (yang diperbuat daripada tanah liat yang dicampur dengan cecair BM, bahan-bahan organik dan mineral) ke dalam sungai-sungai yang tercemar untuk proses pemulihan. Bebola lumpur diformulakan adalah untuk kesesuaian kes atau persekitaran, di mana ia mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak secara perlahan-lahan dari dasar air yang bertujuan untuk memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur, logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas bebola lumpur adalah sangat cepat dan ia mampu bertahan selama sebulan. Malah hasilnya juga kadang-kadang dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat, iaitu kira-kira tiga hari selepas bebola lumpur tersebut dicampakkan ke dalam sungai.


    Selain diaplikasikan ke atas sungai-sungai yang tercemar, bebola lumpur yang dipenuhi MM juga boleh diaplikasikan ke atas sumber-sumber takungan air yang lain seperti tasik dan kolam sebagai bahan pemusnah pencemaran yang amat berkesan. Walaupun bebola lumpur banyak diaplikasikan untuk tujuan perawatan air, namun kini penggunaannya adalah semakin meluas untuk tujuan ternakan air atau akuakultur yang bertujuan menjaga kualiti air dan memastikan kandungan mikroflora air adalah sentiasa seimbang. Dengan kaedah pengaplikasiannya yang mudah, bebola lumpur sangat sesuai dan praktikal bagi membantu menguruskan persekitaran dan ekosistem akuatik kita yang kini kian terancam akibat pelbagai bahan pencemar.
    Kadar pengguanaan ialah 1 : 10,000 digunakan secara mingguan

    email: hidroponikterengganu@gmail.com

    Sunday, March 31, 2013

    JABATAN PERHUTANAN TERENGGANU DALAM PROSES HASILKAN INOKULUM SENDIRI

    Dato' Seri Ahmad Said
    Menteri Besar Terengganu telah mengarahkan Jabatan Perhutanan negeri Terengganu mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas).Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur, projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan negeri itu mampu berdaya maju serta berdaya saing kerana permintaan tinggi terhadap pokok ini.

    Sehubungan itu pada projek kedua, benih pokok dari spesis `aqilaria malaccensis’ telah ditanam pada awal bulan lalu dan kini kira-kira 20,000 anak pokok selesai ditanam dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

    Tanaman ini mampu memberikan pulangan lumayan, walaupun terpaksa menunggu antara enam atau tujuh tahun baharu boleh mendapatkan hasil. Penjagaannya juga tidak rumit malah boleh ditanam dalam skala kecil dan bila mencapai usia lima tahun akan disuntik dengan sejenis cecair atau dipanggil proses `inokulasi’ untuk memberikan kesakitan dan mengeluarkan resin (dammar).

    Namun begitu, Jabatan Perhutanan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan cecair bagi kegunaan pokok gaharu.Selaras dengan itu Pegawai Kanan Jabatan telah mengadakan lawatan ke Vietnam baru-baru ini bagi meninjau penggunaan bahan tersebut di negara berkenaan meninjau petani di Vietnam menggunakan cecair untuk kegunaan pokok gaharu dengan harga yang murah dan kini sedang diuji kepada pokok gaharu yang ditanam di negeri ini untuk memastikan tahap kualitinya.

    Kini  Ladang Hutan dengan kerjasama Terengganu Teknologi telah berada di peringkat awal kejayaan membiak beberapa spisis mikrob yang digunakan untuk inokulasi pohon karas. Jika hasilnya sama, kemungkinan kerajaan negeri tidak lagi mengimport cecair tersebut dari Vientam kerana harga yang agak tinggi. Kepada yang berminat mengtahui perkembangan inokulum yang dibiak di Ladang Hutan ini, boleh hubungi Haji Wahab di talian 019-9215552.