Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, ouddan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.
Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas... untuk maklumat lanjut sila ke http://teganuteknologi.blogspot.com/