Wednesday, December 19, 2012

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH


Teknik ini mampu memberi pulangan yang baik kepada pekebun karas  kerana 18 bulan setelah inokulasi setiap lubang/stick mampu menghasilkan 20 hingga 30 gm gaharu yang matang. Gambar dibawah kelihatan buluh yang telah siap untuk digunakan dalam proses inokulasi.



Buluh adalah satu tumbuhan yang sesuai untuk pembiakan mikrob serta mampu menjadi habitat mikrob. Buluh mesti dirawat terlebih dahulu bagi memastikan ia mengandungi mikrob aebelum dicucuk atau di paku ke batang pokok karas.

Wednesday, November 21, 2012

Pusat Penyelidikan Karas Negeri Terengganu (Projek Inokulasi Gaharu)

Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, ouddan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.


Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas... untuk maklumat lanjut sila ke http://teganuteknologi.blogspot.com/